Pencarian

Rabu, 01 Desember 2010

keagungan allah

LANGIT BALTEEM

SUSAHKAN NAK BERLAPANG  DADA KAN?   
BUKAN SENANG.........

Mahu jadi seperti ‘ibad Ar-Rahman
‘Ibad Ar-Rahman adalah hamba yang mengabdikan diri kepada Ar-Rahman, iaitu Allah SWT. Jika kita benar-benar mahu menjadi hambaNya, maka lihatlah salah satu ciri-ciri ‘ibad Ar-Rahman.
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” Surah Al-Furqan ayat 63.
Oleh itu,
“Jadilah kau orang yang pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raff ayat 199-201.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar